ChAnCe To ExChAnGe

SaY SoMeThInG

Monday 17 September 2012

Pergi buat selamanya...demand.?

Subuh2 ny tbgn sakit perut.huhu smbil menahan sakit sy maw crita apa yg sy rasa today.haha sy sebak la nk jual moto kesayangan.huhu tp apa kn daya.nk post blk sabah kosnya mencecah seribu..pkr2 blk,nk pos brg lg.huhu at lastly sy tpaksa menjualnya.huhu hrga d rahsiakan.hehe harap tuan bru jga elok2 la.sy pakai 5 thn lbh xda masalah.makeup segala...tune sgala.tp xpa la.kta kna buat keputusan secara brhemah.mana yg lbh penting n keutamaan.hehe jom smbung tdo plak utk hadapi hri esok andai d pjgkan usiaku.selamat malam bloggers


Saturday 4 August 2012

CLICK VS SYM??


Saja today boring2 test blogger guna smartphone..so lama da xupdate my blog ne besepah sb sibuk dgn urusan dunia mahupun akhirat.hehehe so just nk ucp salam ramadhan kpd semua teman2 dan follower2 yg nice2 belaka.

Gambr ny saja take guna mode HDR tp siyes nice caption la.haha 2 moto yg bsar sesuai la dgn tuan moto nya.haha my housmate cip nama nya.yg sblh 2 mcm biasa la..ada dlm post sblm ny.hehe

Alhamdulillah semalam maw p beli mineral water,bw moto laju2.tiba2 alamak ada roadblock pula.kna tahan la then polis tu check suma lesen ic,moto.tyr kcik,ekzos belah..pakcik polis 2 maw tlis saman dah,nah ada pula kawan sekampung disitu.hehe xjd saman,melepak plak sy d sna..crita2..thanks to jack n ulat sb tlg sy.selamat la duit.hehe
So nk aktif blk dlm blog ny..byk benda akan sy kongsikan bsama pasal komputer,software dan sbgainya.kalau ada sesiapa maw request or ask apa2 pasal dunia lptop ka,printer ka,apa ka..leave coment d bwh.insyaAllah sy akan membantu anda..ok la..jumpa d post akn dtg.hehe

Wednesday 21 September 2011

ISL 1

1.0  PENGERTIAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.








2.0  CIRI-CIRI UJIAN

Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.

2.1       Kesahan Ujian

Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.

Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca.  Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.

Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, pensyarah perlu menakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajar.

Kandungan kursus biasanya luas. Oleh itu, pensyarah boleh menggunakan teknik persampelan kandungan bagi mewakili kandungan kursus. Pensyarah boleh merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji bagi mewakili kandungan kursus. Pendapat pakar, misalnya profesor dalam bidang berkaitan boleh digunakan bagi memastikan ujian yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.

Kesahan Gagasan

Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat. 

Oleh kerana gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapat dicerap daripada sesuatu gagasan. Misalnya, gagasan penguasaan pelajar dalam kursus Bahasa Inggeris. Pensyarah boleh mencerap kesan gagasan penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, gagasan boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya.  Dengan itu, kesahan gagasan bagi ujian penguasaan Bahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris.

Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria

Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut  menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.

Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut. Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut. Sebagai contoh, ujian Matematik di universiti dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut konsisten dengan pencapaian cemerlang dalam satu lagi ujian Matematik lain yang menguji kemahiran Matematik yang sama, yang ditadbirkan serentak. Ujian tersebut juga dikatakan mempunyai kriteria jangkaan yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian konsisten dengan prestasi dalam Matematik sepanjang karier selepas pelajar bergraduat nanti.

Aktiviti 5
Senaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik kursus yang  anda minati.  Jelaskan apakah konsep dan gagasan yang ingin diukur bagi setiap objektif pengajaran yang anda nyatakan. Bagaimanakah anda boleh memastikan bahawa soalan ujian anda mempunyai kesahan kandungan, gagasan dan kriteria yang tinggi?

2.2       Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.

Mempertingkatkan Kebolehpercayaan

Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan   kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.
    1. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
    2. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
    3. Soalan hendaklah seragam (homogen).
    4. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan  terkawal.
    5. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
    6. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Aktiviti 6
Anda membina 60 soalan objektif berdasarkan objektif pengajaran dan kandungan yang anda ajar dan mengasingkan gerak balas pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dengan soalan bernombor genap. Apakah kesan pembahagian bilangan gerak balas pelajar terhadap aspek kebolehpercayaan ujian?




2.3       Keobjektifan Ujian

Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.

Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema penskoran perlu disediakan. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar. Seboleh mungkin skema penskoran disemak oleh beberapa pensyarah yang pakar dalam bidang yang diuji. Selain mengelak dari dipengaruhi oleh jawapan pelajar, penyediaan skema jawapan sebelum pentadbiran ujian boleh mengesan kelemahan-kelemahan yang mungkin berlaku pada soalan supaya langkah pembetulan dapat dilakukan. Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.

Aktiviti 7
Bina satu set 5 soalan subjektif bagi menguji satu topik kursus yang anda minati. Sediakan skema jawapan dan penskoran bagi setiap soalan yang anda bina.



2.4       Kebolehtadbiran

Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.

Berikut adalah panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna.
-          Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.
-          Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.
-          Pensyarah perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.
-          Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.
-          Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.
-          Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.
-          Sekiranya tersangat perlu, pemberitahuan tersebut mestilah ringkas, jelas dan difahami oleh semua pelajar.
-          Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.


Aktiviti 8
Berdasarkan pengalaman anda mengambil ujian, jelaskan apakah perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran ujian yang anda tidak sukai? Bagi setiap perkara yang anda senaraikan, bagaimanakah pentadbir ujian boleh memperbaikinya?

2.5       Kemudahtafsiran

Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal memerlukan skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan. Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.

Penskoran Ujian

Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan menjawab setiap soalan. Maklumat ini sangat perlu supaya pelajar dapat menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.

Kriteria penskoran jawapan dipilih biasanya telah ditentukan dan diketahui oleh pelajar semasa mereka menduduki ujian. Misalnya, sekiranya terdapat 50 soalan aneka pilihan dan jumlah markah yang diperuntukkan ialah 100, maka setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 2 markah.

Penskoran jawapan dibina terutamanya yang memerlukan jawapan panjang tidak terhad lebih mencabar. Seringkali, pemeriksa sukar untuk mengelakkan diri daripada melakukan penskoran subjektif terhadap jawapan dibina. Sebab itu soalan esei biasanya dikenali sebagai ujian subjektif. Pemeriksa boleh mengurangkan kepincangan penskoran dengan memeriksa satu soalan bagi semua pelajar, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya. Pemeriksa perlu mengelakkan diri dari mengenali identiti pelajar seperti nama dan nombor matrik pelajar. Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu dilakukan dengan bijaksana dan amanah. Kepincangan penskoran disebabkan kelemahan pemeriksa akan mendatangkan kesan yang serius kepada masa depan pelajar, masyarakat dan negara.

Penilaian jawapan dibina haruslah berasaskan kepada kriteria berikut:

a.    Kandungan. Adakah pelajar mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?
b.    Susunan atau organisasi. Adakah susunan atau organisasi jawapan teratur, kemas dan logik?
c.    Proses. Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan dengan teratur dan sistematik?
d.    Ketepatan dan kemunasabahan. Adakah isi jawapan tepat dan munasabah?
e.    Keaslian dan kreativiti. Adakah jawapan yang diberi asli berasaskan kepada kreativiti pelajar sendiri?
f.     Kesempurnaan dan ketekalan dalaman. Adakah isi jawapan yang dibentangkan sempurna dan mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi?

Pentafsiran Skor Ujian

Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali pensyarah berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di universiti dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.

Justeru itu, skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain.

Aktiviti 9
Bina satu soalan esei bagi menguji sejauh mana pelajar menguasai isi pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu set skema jawapan bagi soalan berkenaan beserta dengan pemberatan markahnya.
3.0  JELASKAN ELEMEN YANG BOLEH MEMPERNGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN SESUATU UJIAN

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian , maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik

            Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

            Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

            Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

            Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

ISL 2

PERKARA
PENTAKSIRAN
PENGUKURAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
TAKRIF
Suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan  mentafsir tentang pencapaian dan prestasi murid
Suatu proses atau sistem yang bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
Sesuatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid terhadap pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor dengan menggunakan pemerhatian atau ujian formal
Suatu proses atau sistem yang lebih lengkap untuk menentukan kemajuan pembelajaran murid
TUJUAN
Menentukan skor dan membuat interprestasi tentang hasil pembelajaran murid
Memproses maklumat yang telah dikumpul dan merumuskannya dalam bentuk sistem skor.


Mengumpulkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan
Mengumpul maklumat-maklumat tentang penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran tertentu
ALATAN

Ujian


Set ujian bertulis dengan markah dan gred, pemerhatian

Pemerhatian, ujian lisa,, bertulis

Ujian, tugasan

Takrif, Tujuan dan Alatan
Tujuan atau kepentingan penilaian pentaksiran dijalankan.
i)             Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
ii)            Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
iii)           Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iv)           Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Takrif kesahan
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diuk
“ Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur “
Youngman & Eggleton (1982), Sax & Newton (1997)

Jenis-jenis kesahan        
i)             Kesahan isi
ii)            Kesahan semasa
iii)           Kesahan ramalan
iv)           Kesahan gagasan/konstruk
v)            Kesahan muka
vi)           Kesahan criteria



Takrif kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.

Cara-cara mengelak ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu  ujian.
i)     Arahan hendaklah jelas dan tepat.
ii)    Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
iii)   Soalan hendaklah seragam (homogen).
iv)   Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan  terkawal.
v)    Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
vi)   Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Taksonomi Bloom    

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Bandingbeza antara Blom dan Krathwohl
Bloom
Item
Krathwohl
Kognitif
Domain
Afektif
6
Bil. Aras
5
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
Aras
Penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan menghayati nilai.

Tuesday 10 May 2011

SAMBUNGAN ENTRY LEPAS....

HAHAHAHA ADA YG CKP SUSAHLAH...APA LA...LECEH LA...NAH AMBIK KO CARA YG MUDAH...NAK MAEN CHAT JA XPYH BUKA FACEBOOK.....HAHAHAHAHA

klik link d bawah...tekan DOWNLOAD NOW..pada page tersebut....hehehehehe...jgn lupa komen

http://www.gabtastik.com/GabtastikWin.html

Cara nak buat sidebar chat untuk facebook....

Salam...lama x update blog ni...tlampau bz ngan kehidupan seharian...hahahahaha...today maw share sket pasal facebook ni...hahahaha...today sy maw share cara buat facebook sidebar chat mcm gmbr d bwh ni.....





 Mantap x?suka x?hahahahaha senang jak ne....tp xsilap sy sidebar ni utk pengguna mozila fire in da hole...hahaha...
ikut step ni.....

STEP 1..........buka mozila korang...kat atas ada BOOKMARKS kn? pas 2 klik ORGANIZE BOOKMARKS.....cari NEW BOOKMARK pas 2 klik...kalau xjumpa cari sampai dapat....hahhaaa mcm gmbr d bwh ni::



STEP 2........kalau dah jumpa NEW BOOKMARK tu.....isikan tempat kosong seperti d bawah....nak copy select then tekan ctrl+c......hahaha...ala senang kan...isi kna betul...tgk pic bwh ni...:-


  • Name: Facebook Chat
  • Location: http://www.facebook.com/presence/popout.php
  • Tandakan  Load this bookmark in sidebar.

 pas 2 tekan OK.



STEP 3.......dah siap suma seperti yang di atas....now...kat atas bar mozila tu aDa menu VIEW>clik ni.....then pilih SIDEBAR....then pilih BOOKMARKS...then nanti ada keluar Facebook Chat kat atas...klik ja...now siap.....SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL......


P/S:kalau ada masalah nak buat sila komen d bawah k....jgn lupa tekan butang LIKE.....

Monday 24 January 2011

HALF OPEN-CONNECTION INTERNET TO MAXIMUM

Hari ni sy maw kongsi sedikit cara max kan half open connection pc atau laptop anda....kegunaan software ni blh melajukan internet connection anda....umpama 2 org berdiri di bawah hujan yg sangat lebat, seorang buka mulut kecil & seorang lagi buka mulut besar....so sudah pasti org yg buka mulut besar akan dapat air hujan yg banyak...hahahaha so cara nya senang saja...ikut step d bwh ni:

- DOWNLOAD SOFTWARE D LINK NI :  http://www.lvllord.de/?lang=en&url=downloads.
- PAS TU DOWNLOAD YG VERSI ENGLISH....
- THEN DA SIAP DOWNLOAD,EXTRACT FILE 2 THEN OPEN SOFTWARE TU..
- DAH OPEN TEKAN HURUF C......
- THEN TAIP  100 PAS 2 ENTER...
- TEKAN PULA HURUF Y
- TUNGGU 15 SAAT UNTUK RECHECK...REBOOT LAPTOP THEN SIAP....

so itulah alkisahnya...korang cuba la...anda juga akan rasa perubahan terutamanya yg guna broadband dan wifi...kalau ada masalah korang blh post comment dan sy akan membantu anda...xramai yg tahu benda ni sb biasanya hanya dibuat oleh org2 super pro tanpa guna this cute software...hahahaaha SELAMAT MENCUBA SEMUA...kredit to me yah....hihihihihi salam