ChAnCe To ExChAnGe

SaY SoMeThInG

Wednesday 21 September 2011

ISL 2

PERKARA
PENTAKSIRAN
PENGUKURAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
TAKRIF
Suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan  mentafsir tentang pencapaian dan prestasi murid
Suatu proses atau sistem yang bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
Sesuatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid terhadap pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor dengan menggunakan pemerhatian atau ujian formal
Suatu proses atau sistem yang lebih lengkap untuk menentukan kemajuan pembelajaran murid
TUJUAN
Menentukan skor dan membuat interprestasi tentang hasil pembelajaran murid
Memproses maklumat yang telah dikumpul dan merumuskannya dalam bentuk sistem skor.


Mengumpulkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan
Mengumpul maklumat-maklumat tentang penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran tertentu
ALATAN

Ujian


Set ujian bertulis dengan markah dan gred, pemerhatian

Pemerhatian, ujian lisa,, bertulis

Ujian, tugasan

Takrif, Tujuan dan Alatan
Tujuan atau kepentingan penilaian pentaksiran dijalankan.
i)             Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
ii)            Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
iii)           Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iv)           Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Takrif kesahan
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diuk
“ Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur “
Youngman & Eggleton (1982), Sax & Newton (1997)

Jenis-jenis kesahan        
i)             Kesahan isi
ii)            Kesahan semasa
iii)           Kesahan ramalan
iv)           Kesahan gagasan/konstruk
v)            Kesahan muka
vi)           Kesahan criteria



Takrif kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.

Cara-cara mengelak ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu  ujian.
i)     Arahan hendaklah jelas dan tepat.
ii)    Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
iii)   Soalan hendaklah seragam (homogen).
iv)   Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan  terkawal.
v)    Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
vi)   Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Taksonomi Bloom    

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Bandingbeza antara Blom dan Krathwohl
Bloom
Item
Krathwohl
Kognitif
Domain
Afektif
6
Bil. Aras
5
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
Aras
Penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan menghayati nilai.

No comments:

Post a Comment